RSS

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah...



Salam Maal Hijrah kepada semua umat muslimin dan muslimat serta rakan-rakanku sekalian....Semoga pada tahun baru Islam ini akan menjadikan kita semua lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..Amalkanlah hijrah dalam hidup kita..Bukannya hijrah seperti pada zaman Rasulullah yang diharapkan yang mana Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah,tetapi kita semua berhijrahlah dari perkara yang buruk kepada yang baik atau dari yang baik kepada yang lebih baik..HIJRAHLAH kita semua dari segi PEMIKIRAN,PERTUTURAN dan PERBUATAN kita..Semoga dengan maal hijrah tahun 1431 ini akan membawa kejayaan dan perubahan yang besar kepada kita semua baik dari segi rohani mahupun jasmani...Sesungguhnya pintu taubat untukmu masih lagi terbuka selagi mana nyawamu masih dalam kandunganmu..Sekian..

[Peace_Lover]
17 Disember 2009
21:28

Monday, November 30, 2009

Puisi Khas buat sahabatku..

Sahabatku..
Dalam kita cuba untuk memeluk erat,
Sebuah impian,
Sewaktu kita masih belum merentasi
Sebatang titian
Semasa kita asyik leka mengendong
Sesuatu keperitan
Sejak segulung keramat
Dalam suatu pencarian..

Adakah kita tingkatkan cahaya keimanan
Buat menerangi
Hati yang penuh kebuntuan
Bagi merealisasikan pengetahuan
Seluas lautan..

Pastikan al-quran menjadi tuntutan
Sunnah menjadi ikutan
Menjadi berlian di sisi tuhan..

Jangan biarkan syaitan membuat keputusan
Nafsu melaksanakan tugasan
Kelak menjadi kawan di hari pembalasan..

Jangan anda andaikan sesuatu
Yang susah itu
Sukar untuk di dapati
Tetapi renungkanlah..
Tidak mustahil untuk anda mencapainya
Asalkan diselangi usaha yang berterusan
Ditambah doa dan tawakal
Kepada allah kuserahkan
Ketetapan segala perkara
Agar kita aman dan bahagia
Hidup di dunia
Dan di akhirat sana..

HAsil nukilan:
'AMMAR B. SHAFEI
MUHAMMAD FARHAN B. HANAFI

Monday, November 23, 2009

Kewajipan_Mengikuti_Sunnah_Nabi_Muhammad

Ibnu Mas’ud radhiallahu 'anhu berkata:
“Sederhana dalam As-Sunnah lebih baik daripada bersungguh-sungguh di dalam bid’ah.” (Ibnu Nashr, 30, Al-Lalikai 1/88 no. 114, dan Al-Ibanah 1/320 no. 161)

Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhuma berkata:
“Tetaplah kamu beristiqamah dan berpegang dengan atsar serta jauhilah bid’ah.” (Al-I’tisham, 1/112)

Al-Imam Az-Zuhri rahimahullah berkata:
Ulama kita yang terdahulu selalu mengatakan: “Berpegang dengan As-Sunnah adalah keselamatan. Ilmu itu tercabut dengan segera, maka tegaknya ilmu adalah kekokohan Islam sedangkan dengan perginya para ulama akan hilang pula semua itu (ilmu dan agama).” (Al-Lalikai 1/94 no. 136 dan Ad-Darimi, 1/58 no. 16)

Al-Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah berkata:
“Berhati-hatilah kamu, jangan sampai menulis masalah apapun dari ahli ahwa’, sedikit atau pun banyak. Berpeganglah dengan Ahlul Atsar dan Ahlus Sunnah.” (As-Siyar, 11/231)

Al-Imam Al-Auza’i rahimahullah berkata:
“Berpeganglah dengan atsar Salafus Shalih meskipun seluruh manusia menolakmu dan jauhilah pendapat orang-orang (selain mereka) meskipun mereka menghiasi perkataannya terhadapmu.” (Asy-Syari’ah hal. 63)

Saturday, September 19, 2009

Ilalliqa'_Syahru_Ramadhan_Ahlan_Wasahlan_Syahru_Syawal...

Bulan ramadhan sudah hampir berlalu..Bagi golongan yang beriman,sudah tentu mereka akn terasa satu kehilangan yang amat besar..Mereka pasti belum puas berada dalam bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat dan barakah..Tidakkah kita ingin merebut peluang melipatgandakan amalan kita pada bulan yang mulia ini???Namun,bagi mereka yang mensia-siakan bulan ramadhan ini dengan melakukan pekara yang sia-sia,sudah tentu mereka tidak akan merasa manisnya berada dalam bulan ramadhan..Oleh itu,sebagai orang yang beriman,hendaklah kita selalu berdoa agar dipanjangkan umur agar dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang..

Ketibaan bulan syawal pula menandakan kejayaan muslimin dan muslimat menunaikan rukun islam yang ke 3 (ye ke ?? ke yang ke 4 ?? ntahlah).Namun dalam menyambut hari raya ni,kita sebagai orang yang beriman perlulah amalkan berjimat cermat ketika berbelanja..Janganlah terlalu ikutkan hati masa nak beli keperluan hari raya..Alah,alasannya raya setahun sekali je..tak pelah berhabis banyak sekali sekala..Perkara ini perlulah dielakkan.Beli jelah apa yang perlu..Janganlah terpengaruh dengan hawa nafsu.Ingatlah firman allah dalam al-quran (ayat berapa tah?? hehe) sesungguhnya membazir tu amalan syaitan..maukah kita mengikut jejak langkag syaitan??mesti tak nak kan...oleh tu, dalam menyambut ari raya yang setahun sekali je ni,time berbelanja tu,berbelanjalah dengan rasional..

Akhir kata,saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Kawan-kawan saya walaupun di mana sahaja mereka berada..Maafkanlah segala salah-silap saya sepanjang perhubungan kita..Moga kita semua bahagia hendaknya,hidup di dunia mahupun di akhirat..AMIN...

Wednesday, September 16, 2009

Di_akhir_Ramadhan...


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani....Ramadhan,kedatanganmu dinantikan..pemergianmu ditangiskan...Ahlan wasahlan syahru syawal..ilalliqa' syahru ramadhan..Ya Allah..Kau panjangkanlah umur kami semua ya Allah agar dapat lagi kami bertemu dengan bulan ramadhan yang mulia ini ya allah...AMIN...

Saturday, September 5, 2009

Outing_Hari_Sabtu_5 September 2009


Hari ni aku keluar bandar..haha..Saje je jalan2..Walaupun keje banyak aku outing gak..Hehe,aku nak cuci ganbar masa Hari Kebudayaan Bahasa Jepun hari tu..Pastu adlah nak beli present untuk birthday kawan kat Gopeng..Hehe,tak taulah nak beli per..Harap kawan saya tu suka dan gembira dengan hadiah tu nanti..

Thursday, September 3, 2009

Bulan_Ramadhan_di_SMAPL

SMAP Labu, sekolahku.. Hmm...time puasa besenyer bangun awallah jugak..Hehe,nak bangun sahurlah katenye..Kalo tak lambat bangun..Tapi kalo tak sahur nanti lapar pulak..Camne nak puasa..Lagipun sahur ni membezakan antara puasa orang Islam dengan orang Nasrani...Biasanye time sahur aku bangun kul 4.50 pagi..Hmmm...Dewan makan sediakan makanan yang sentiasa berelaukkan ayam..Yelah..Takde ayam,mesti tak selera kan??

Nmm..Pastu aku teruskan kehidupanku di SMAPL macam bese..biler PMR dah dekat,lagi sibuklah jadinye..Hohoi,keje cikgu bagi bertimbun-timbun...Sampai tak cukup tangan nak buatnyer...Ape,dia ingat kita ni ROBOT???? Em,,tapi takpelah..Nak PMR cemerlang kenalah tanggung sumenyer tu..

Bukak puasanyer besenyer dewan makan sediakan makanan yang sudah pasti menyelerakan dan mengenyangkan...Alar,ble dah lapar,sume makanan jadi sedap..Betol tak???Aku besenye nasi kat pinggan tu macam piramidlah bentuknyer..Hehe..Tak leh watpe..Dah lapar,camtu lah jadinyer..Kat SMAPL bukak puasa lepas solat maghrib..Aku makan cukup berselera..Hehe,tak leh nak watpe..Aku memang suka makan..Lagi-lagi kalau mak saya yang masak..Sedap giler...Sampai menjilat pinggan....

Saturday, August 29, 2009

Persahabatan...

With Amzar from MCKK

All my friends during HKJ 2009


Hello world

Persahabatan ibarat satu janji..Yang dibuat dalam hati..Tak dapat ditulis..Tak dapat dibaca..Namun tak akan terpisah dek jarak..Tak akan berubah dek masa...Sekali kita berkawan..Selamanya kita tetap berkawan..

Nasihat yang berguna..


Serinya wajah kerana mantapnya tarbiyyah..Cahayanya mata kerana bermuhasabah..Kuatnya hati kerana bermuqorobah..Hebatnya diri kerana sifat istiqamah..

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan_Bulan_Lailatul_Qadar

Get This from CyArena.com

Send to Friends email
Get This from CyArena.com

Send to Friends email

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan_Bulan_Barakah


Ramadhan...Pada awalnya rahmat, di pertengahannya pengampunan dosa dan di akhirnya pembebasan dari api neraka..

Wahai umat Islam sekalian, janganlah kamu mensia-siakan peluang yang Allah kurniakan pada kita semua. Pada bulan ramadhan ditutupnya semua pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga. Tidakkah kamu semua ingin merasai nikmat yang kekal abadi di akhirat kelak?

Allah berfirman dalm surah al-baqarah ayat 183-185 yand bermaksud:

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

184. (Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Sunday, August 23, 2009

Koleksi_Puisi_Kegemaranku

Hari ini

Hari ini
Aku masih berjalan
Melintasi belantara keinginan
Bagi meneroka
Sebuah kemampuan

Hari ini
Aku masih mendaki
Menuju puncak pengertian
Bagi menggali
Sebuah kepastian

Hari ini
Aku masih bernyawa
Menghirup nafas keazaman
Mengumpul kekuatan
Mengutip pengalaman
Meniti kedewasaan

Dan hari ini
Aku masih berdoa
Menitiskan air mata keinsafan
Bagi mensyukuri
Nikmat sebuah kehidupan


Pelangi Untukmu

Jalinan ukhuwah yang terbina
Bertinta keikhlasan
Membibit satu alur kemesraan
Tercipta arca kesetiaan
Di celah rimbunan memori halus
Liku hidup yang payah
Ditempuhi bersama

Wahai sahabat
Kuhadiahkan pelangi kenangan untukmu
Agar tiada noktah yang berani bertapak
Di helaian persahabatan mulus ini
Usah biar pena kematian tinta
Saat kalam menyusun bicara
Akan kusetia menanti saat manis
Berulang kembali
Meski jarak membatasi segalanya



Saturday, August 22, 2009

My Peaceful Soundtracks


Wanna to know something?? Find out here with a very peaceful moment that yau can experience. I bet that you will feel relax and enjoying while you are browsing to my site..Have a nice time...

Saturday, August 8, 2009

My Favourite Song

Sayounara Daisuki Na Hito
Performed by Kiroro


Sayonara daisukina hito
Sayonara daisukina hito
Mada daisukina hito
Kuyashiiyo totemo
Kanashiiyo totemo
Mou kaeettekonai
Soredemo watashinoDaisukina hito
Nanimo kamo wasurerarenai
Nanimo kamo sutekirenai
Konna jibunga mijimede
Yowakute, kawaisooudeDaiikirai
Sayonara daisukina hito
Sayonara daisukina hito
Zuutto daisukina hito
Zuutto, zuutto daisukina hito
Nakanaiyo imawa
Nakanaide imawa
Kokoro hanareteyuku
Soredemo watashinodaisukina hito
Saigodato iikikasete
Saigomade iikikasete
Namidayo tomare saiigoni
Egaowo oboeteokutame
Sayonara daisukina hito
Sayonara daisukina hito
Zuutto daisukina hito
Zuutto, zuutto daisukina hito
Zuutto, zuutto zuutto daisukina hito

H1N1_Influenza A_Tanda_Kemurkaan_Allah

Dengan bismillah mula dikata,mengingati kebesaran Allah yang mulia. Marcapada menyaksikan penularan wabak H1N1 (Influenza A) yang kini sudah meragut sebilangan besar nyawa manusia di dunia ini. Kini, di Malaysia wabak ini telah meragut lebih kurang 16 orang. Sebagai langkah pencegahan supaya wabak H1N1 ini tidak menular ke dalam diri kita, ambillah langkah pencegahan seperti selalu memcuci tangan dan memakai topeng muka supaya kita tidak dijangkiti wabak Influenza A H1N1 ini.Ingatlah kata pepatah arab "Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati". Selain itu, sebagai umat Islam kita wajib mempercayai bahawa semua yang berlaku di dunia ini sama ada baik atau buruk adalah kehendak Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya dan Allah tidak akan membebankan hamba-hamba-Nya dengan apa yang tidak mampu kita hadapinya..Ingatlah, semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik kejadiannya...

My Precious Layout


Dream Forever Template:
This is an awesome free Blogger Template that is hand made by pYzam.com!If you like things that are psychedelic, feild, purpleandyellow, trippy, circles, flowers, stars, sayingsandquotes, moon, and clouds, then you will LOVE this Blogger Layout of Dream Forever.

Saturday, June 6, 2009

Tafsir Al-Quran Al-Karim

اليوم اكملت لكم دينكم واتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلم دينا

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu, telah Aku cukupkan nikmatKu kepadamu, dan telah Aku redha Islam menjadi agamamu"

al-Maidah ayat 3...

Saturday, May 2, 2009

Ucapan Pembukaan

Alhamdulillah, akhirnya setelah berapa bulan mengharap akan terbentuknya blog ini, hari ini 2.5.2009 barulah saya berjaya membuka blog saya sendiri. Hari ini saya merasmikan pembukaan blog saya ini dengan lafaz saya Muhammad Farhan Hanafi membuka blog saya ini dengan rasminya.