RSS

Monday, November 30, 2009

Puisi Khas buat sahabatku..

Sahabatku..
Dalam kita cuba untuk memeluk erat,
Sebuah impian,
Sewaktu kita masih belum merentasi
Sebatang titian
Semasa kita asyik leka mengendong
Sesuatu keperitan
Sejak segulung keramat
Dalam suatu pencarian..

Adakah kita tingkatkan cahaya keimanan
Buat menerangi
Hati yang penuh kebuntuan
Bagi merealisasikan pengetahuan
Seluas lautan..

Pastikan al-quran menjadi tuntutan
Sunnah menjadi ikutan
Menjadi berlian di sisi tuhan..

Jangan biarkan syaitan membuat keputusan
Nafsu melaksanakan tugasan
Kelak menjadi kawan di hari pembalasan..

Jangan anda andaikan sesuatu
Yang susah itu
Sukar untuk di dapati
Tetapi renungkanlah..
Tidak mustahil untuk anda mencapainya
Asalkan diselangi usaha yang berterusan
Ditambah doa dan tawakal
Kepada allah kuserahkan
Ketetapan segala perkara
Agar kita aman dan bahagia
Hidup di dunia
Dan di akhirat sana..

HAsil nukilan:
'AMMAR B. SHAFEI
MUHAMMAD FARHAN B. HANAFI

0 comments:

Post a Comment