RSS

Saturday, September 19, 2009

Ilalliqa'_Syahru_Ramadhan_Ahlan_Wasahlan_Syahru_Syawal...

Bulan ramadhan sudah hampir berlalu..Bagi golongan yang beriman,sudah tentu mereka akn terasa satu kehilangan yang amat besar..Mereka pasti belum puas berada dalam bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat dan barakah..Tidakkah kita ingin merebut peluang melipatgandakan amalan kita pada bulan yang mulia ini???Namun,bagi mereka yang mensia-siakan bulan ramadhan ini dengan melakukan pekara yang sia-sia,sudah tentu mereka tidak akan merasa manisnya berada dalam bulan ramadhan..Oleh itu,sebagai orang yang beriman,hendaklah kita selalu berdoa agar dipanjangkan umur agar dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang..

Ketibaan bulan syawal pula menandakan kejayaan muslimin dan muslimat menunaikan rukun islam yang ke 3 (ye ke ?? ke yang ke 4 ?? ntahlah).Namun dalam menyambut hari raya ni,kita sebagai orang yang beriman perlulah amalkan berjimat cermat ketika berbelanja..Janganlah terlalu ikutkan hati masa nak beli keperluan hari raya..Alah,alasannya raya setahun sekali je..tak pelah berhabis banyak sekali sekala..Perkara ini perlulah dielakkan.Beli jelah apa yang perlu..Janganlah terpengaruh dengan hawa nafsu.Ingatlah firman allah dalam al-quran (ayat berapa tah?? hehe) sesungguhnya membazir tu amalan syaitan..maukah kita mengikut jejak langkag syaitan??mesti tak nak kan...oleh tu, dalam menyambut ari raya yang setahun sekali je ni,time berbelanja tu,berbelanjalah dengan rasional..

Akhir kata,saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Kawan-kawan saya walaupun di mana sahaja mereka berada..Maafkanlah segala salah-silap saya sepanjang perhubungan kita..Moga kita semua bahagia hendaknya,hidup di dunia mahupun di akhirat..AMIN...

0 comments:

Post a Comment