RSS

Monday, May 3, 2010

9th Interschool Debating Championship 2010 IIUM

Pada 16-21 April 2010, saya telah menyertai 9th Interschool Debating Championship (IDC) 2010 di Universiti Islam Antarabangsa, (UIA Gombak) untuk kategori Bahasa Arab. Saya mewakili pasukan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) dan kami layak ke peringkat separuh akhir. Peserta-peserta lain termasuklah Mohamad Harith Zulkifli, Mohd Syamirul Huzseini Mohamad Isa dan Sheikh Hasril Hafizul Sheikh Hassan. Berikut merupakan laporan dan keputusan perlawanan debat kami:

17 April 2010, Sabtu
SMI Hidayah-Kerajaan
SMAPL-Pembangkang

Usul: Hukuman bunuh ke atas perogol kanak-kanak wajar
Keputusan: Usul diterima

SMAPL- Kerajaan
SAMTTAJ- Pembangkang

Usul: Pembangunan sektor pertanian lebih baik daripada sektor perindustrian
Keputusan: Usul ditolak

18 April 2010

Maahad Hamidiah Kajang- Kerajaan
SMAPL- Pembangkang

Usul: Galakan pelancongan domestik lebih baik daripada galakan pelancongan
Keputusan: Usul ditolak

SMAPL- Kerajaan
Sri Ayesha Islamic School- Pembangkang

Usul: Penggunaan bahasa inggeris dalam pembelajaran subjek Sains dan Matematik wajar

Keputusan: Usul diterima

SMAPL- Kerajaan
Intergom- Pembangkang

Usul: Hukuman penjara ke atas pembuli kanak-kanak dari segi fizikal dan mental wajar

Keputusan: Usul ditolak

19 April 2010, Isnin

SMAPL- Kerajaan
Maktab Mahmud Kedah- Pembangkang

Usul: Kemasukan terus ke universiti wajar

Keputusan: Usul diterima

Intergom- Kerajaan
SMAPL- Pembangkang

Usul: Kebenaran untuk guru-guru merotan pelajar-pelajar bermasalah penting

Keputusan: Usul ditolak

KISAS- Kerajaan
SMAPL- Pembangkang

Usul: Pemansuhan penilaian pelajar berasaskan pepriksaan wajar

Keputusan: Usul diterima

Begitulah rekod perlawanan kami antara sekolah-sekolah yang lain. Kami bersyukur kerana berjaya sampai ke peringkat separuh akhir walaupun kami kecundang akhirnya apabila bertemu dengan KISAS. Hal ini kerana kami tidak pernah menyangka kami mampu pergi sejauh ini kerana persiapan yang kami lakukan untuk pertandingan debat ini hanyalah sekadar berbasi-basi sahaja. Namun dengan kurniaan-Nya, kami mampu meraih kejayaan ini yang merupakan pengalaman pertama kami dalam arena perdebatan..Alhamdulillah~

0 comments:

Post a Comment