RSS

Saturday, August 8, 2009

H1N1_Influenza A_Tanda_Kemurkaan_Allah

Dengan bismillah mula dikata,mengingati kebesaran Allah yang mulia. Marcapada menyaksikan penularan wabak H1N1 (Influenza A) yang kini sudah meragut sebilangan besar nyawa manusia di dunia ini. Kini, di Malaysia wabak ini telah meragut lebih kurang 16 orang. Sebagai langkah pencegahan supaya wabak H1N1 ini tidak menular ke dalam diri kita, ambillah langkah pencegahan seperti selalu memcuci tangan dan memakai topeng muka supaya kita tidak dijangkiti wabak Influenza A H1N1 ini.Ingatlah kata pepatah arab "Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati". Selain itu, sebagai umat Islam kita wajib mempercayai bahawa semua yang berlaku di dunia ini sama ada baik atau buruk adalah kehendak Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya dan Allah tidak akan membebankan hamba-hamba-Nya dengan apa yang tidak mampu kita hadapinya..Ingatlah, semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik kejadiannya...

0 comments:

Post a Comment