RSS

Saturday, September 4, 2010

Detik-detik akhir Ramadhan 1431 H

Ramadhan sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi.. Bulan Syawal yang dinanti pula semakin menghampiri.. Wahai pembaca-pembaca muslim sekalian, adakah saudara-saudari gembira dengan pemergian Ramadhan ini?? Sudah tentu tidak!! Bulan yang penuh kerahmatan dan maghfirah serta di dalamnya terdapat malam lailatul qadar dan berbagai-bagai lagi peristiwa yang penting yang berkaitan dengan Islam hanya terdapat dalam bulan Ramadhan inilah.. Jadi wahai sidang pembaca sekalian, bersama-samalah kita berlumba dalam melakukan kebaikan dan mengejar maghfirah Allah.. Marilah kita semua meningkatkan lagi amalan kita di akhir Ramadhan ini dan juga marilah kita menghidupkan 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan ini dengan harapan kita semua berjaya menemukan malam lailatul qadar yang dijanjikan oleh Allah malam yang lebih baik daripada seribu bulan.. Insyaallah...

0 comments:

Post a Comment