Pada 16-21 April 2010, saya telah menyertai 9th Interschool Debating Championship (IDC) 2010 di Universiti Islam Antarabangsa, (UIA Gombak) untuk kategori Bahasa Arab. Saya mewakili pasukan
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) dan kami layak ke peringkat separuh akhir. Peserta-peserta lain termasuklah
Mohamad Harith Zulkifli, Mohd Syamirul Huzseini Mohamad Isa dan Sheikh Hasril Hafizul Sheikh Hassan. Berikut merupakan laporan dan keputusan perlawanan debat kami:
17 April 2010, Sabtu
SMI Hidayah-Kerajaan
SMAPL-Pembangkang
Usul: Hukuman bunuh ke atas perogol kanak-kanak wajar
Keputusan: Usul diterima
SMAPL- Kerajaan
SAMTTAJ- Pembangkang
Usul: Pembangunan sektor pertanian lebih baik daripada sektor perindustrian
18 April 2010
Maahad Hamidiah Kajang- Kerajaan
SMAPL- Pembangkang
Usul: Galakan pelancongan domestik lebih baik daripada galakan pelancongan
Keputusan: Usul ditolak
SMAPL- Kerajaan
Sri Ayesha Islamic School- Pembangkang
Usul: Penggunaan bahasa inggeris dalam pembelajaran subjek Sains dan Matematik wajar
Keputusan: Usul diterima
SMAPL- Kerajaan
Intergom- Pembangkang
Usul: Hukuman penjara ke atas pembuli kanak-kanak dari segi fizikal dan mental wajar
Keputusan: Usul ditolak
19 April 2010, Isnin
SMAPL- Kerajaan
Maktab Mahmud Kedah- Pembangkang
Usul: Kemasukan terus ke universiti wajar
Keputusan: Usul diterima
Intergom- Kerajaan
SMAPL- Pembangkang
Usul: Kebenaran untuk guru-guru merotan pelajar-pelajar bermasalah penting
Keputusan: Usul ditolak
KISAS- Kerajaan
SMAPL- Pembangkang
Usul: Pemansuhan penilaian pelajar berasaskan pepriksaan wajar
Keputusan: Usul diterima
Begitulah rekod perlawanan kami antara sekolah-sekolah yang lain. Kami bersyukur kerana berjaya sampai ke peringkat separuh akhir walaupun kami kecundang akhirnya apabila bertemu dengan KISAS. Hal ini kerana kami tidak pernah menyangka kami mampu pergi sejauh ini kerana persiapan yang kami lakukan untuk pertandingan debat ini hanyalah sekadar berbasi-basi sahaja. Namun dengan kurniaan-Nya, kami mampu meraih kejayaan ini yang merupakan pengalaman pertama kami dalam arena perdebatan..Alhamdulillah~