RSS

Tuesday, March 6, 2012

Reunion with old-time buddies...

12 February 2012
5.30 pm - 10.30 pm

Seusai shj aq menunaikan solat asar, aq segera bersiap2 utk pergi ke rumah akmal afif seperti yg telah dijanjikan sebelum ini..menurutnya, ustazah nik amnah dan keluarga ingin mengadakan reunion untuk anaknya, akmal afif dan pelajar2 kelas 6 gemilang dahulu semasa bersekolah rendah yg kami lebih dikenali sebagai G-Factor!!!mengimbau memori lama, ketika itu kami semua masih lagi kecil dan masih berada di bangku sekolah rendah..guru kelas kami ketika itu ialah Cikgu Saiful yg kami rasakan telah banyak menabur jasa dan sumbangannya pada kami semua..segala jasa dan penat lelah cikgu, kami akan kenang sampai bila2..kerana apa, dengan tunjuk ajar cikgulah kami telah menjadi seperti diri kami sekarang ni, berjaya dlm lapangan yg kami ceburi semasa zaman sekolah menengah kami..huhuu..

back to the main story, lps aq smpai je kat umah akmal afif, aq igtkan aq lah yg paling lmbt smpi sbb budak2 len ckp lps asar..rupa2nyer aq yg paling awal sampai..haha..nak tergelak aq bler dipikirkan balik..sek bek tyme aq smpi tu akmal afif bru balik dri mne tah..mula2 akmal ajak aq msuk umah dia, tapi lps tu dia ajak aq kuar ikut dia gi jemput lukman kat stesen lrt..aq ikut jelah..

dlm pukul 6 lebih kot bru ramai yg smpai..budak2 perempuan dh ramai yg sampai lagi awal..akmal gtau aq yg majlis kat umah dia tu start malam, so dia ajak aq gi umah Fatin dulu sebab dia pun ada wat reunion gk..budak2 prmpuan sume dah kumpul kat umah dia dlu..aq pun ikut je..aq rse nilah first time aq msuk umah kawan perempuan..sblm ni mne pernah..haha..pglman yg berharga neyh..hehe..

dh aq msuk umah fatin tu, nmpk je mak ngn ayah dia, aq ngn akmal pun pergilah jumpa diorg dlu, slm sbagai tnda hormat..x gitu??leps tu aq pun duduklah kat kerusi yg ada bersebelahan ngn khaleeda..haha..tyme tu khaleeda ngn hanis tgh berborak pasal apa nth..mgkin bnyk lah kot cte dorg..almaklumlah dah lme x jumpa..

bagi budak2 laki lak, mula2 aq ngn akmal sampai, pastuh haziq,syahmi,zainul,raja yusuf,lukman,ahmad afif n alif..budak2 perempuan lak yg datang aritu syadia,izyan,syimir,fatin,hanis,khaleeda,farhana,nazifa, naimi, liyana,n syakirah...memang gamatlah suasana tyme tuh..boleh dikatakan aritu adalah ari yg tak boleh nak berhenti gelak..hahhahahahaha...lepas menjamu sedikit hidangan yg disediakan oleh fatin dan keluarganya sambil berborak sakan, ktorg pun bnyk jgklah amik gmbr sebagai tnda kng2an..huhu..memang menggamit memori bila terkenangkan balik kenang2an zaman sekolah rendah dlu..tu pasal kitorg gelak smpi x kering gusi..haha..

lepas selesai solat maghrib kat umah fatin dengan berimamkan zainul, kami semua bergerak menuju ke rumah akmal pulak kerana mlm ni mak akmal, ustzh nik amnah ada wat mkn2 ckit sempena reunion neyh..mmg sedap pe yg ustzh msk!!!smbil2 tggu budak perempuan makan dlu, kitorg yg lelaki neyh sibuk main game bola ps3 akmal..lps budak perempuan abeh makan, turn dak laki lak nak mkn..tyme dak laki mkn, budak2 prmpuan lak yg amik alih main game ps3 tuh..haha..dorg main smpi tergelak2..abeh riuh umah akmal malam tu..huh,seronok abes!!!

lbeh kurg kol 10 mlm, ramai dah yg mula pulang dijemput keluarga masing2..aq pun kol ayah aq kat umah mnx tolong jemput..agak2 dlm kol 10.30 mlm, aq pun pulang ke umah..sblm berpisah, aq jumpa ngn sume kgkwn G-factor n slm ngn mereka sume..yg paling best, tyme aq dah nak balik, kgkwn prmpuan melambai-lambai kat aq smbil ckp bye farhan..hush, gembira tol ati aq rse..haha..

walaupun sudah hampir enam tahun terpisah dek ketika zaman sekolah menengah masing2 dah mencari haluan sendiri..namun,dek ikatan persahabatan yg masih utuh dlm klgn kami sume, satu hari yg penting seperti ini dpt dijayakan dengan meriah sekali..aq bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan rakan2 yg baik2 seperti korg sume...alhamdulillah...

[tag: akmal afif,ahmad afif,lukman hakim,zainul abidin,haziq hussin,syahmi,raja yusuf,alif mazlan,farhan hanafi,fatin,syadia,syimir,nazifa,izyan,syakirah,khaleeda,hanis,liyana,farhana,naimi]

By: muhammadfarhanhanafi
G-Factor 06 SKWM
My quote: friendship remain between us as long as
there are faith and believe between us...

As there's saying said, treasure your friendship and protect them as long as there's trust and faith among yourselves..so, be like a friend in need is a friend in deed...




Tuesday, February 28, 2012

My High School Experiences...

12 Dis 2011

aaahhh...akhirnya exam spm abih jugak aku amik..apabila memikirkan perkara ini, hatiku terasa lapang sekali..fikiran pun semakin tenang, hati pun rasa tenang..tiada lagi perasaan risau dan berdebar-debar dek peperiksaan spm yang mencengkam perasaan..

tapi..bila dipikir-pikirkan balik, di sebalik kegembiraan dan kesenangan yang aku alami, terselit satu perasaan aneh terperosok di sanubari..apa ni??apabila melihatkan seorang demi seorang rakan-rakanku yang melangkah pergi, sambil terbimbit beg besar di sisi, walau dengan senyuman kami menghantarnya pergi, perasaan sedih ini sudah tidak dapat kubendung lagi..namun, apa boleh buat..kehidupan perlu diteruskan..setiap yang datang akan pergi..begitu jugalah sebuah pertemuan..setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..meski begitu, persahabatan kami tetap utuh terjalin meskipun jarak memisahkan kita..


13 Dis 2011

di pagi yang hening, melihatkan suasana dorm [amirul mukminin] yang penuh dengan barang-barang yang telah dipunggah keluar dari setiap loker yang ada dengan beg-beg pakaian yang

terletak di mana-mana sahaja membuatkan aku bingkas mengemaskan semua barang kepunyaanku kerana pagi ini, kami semua akan melangkah pergi keluar dari sekolah ini [SMAPL]..meskipun hati ini berat untuk melakukannya, tapi apakan daya..hidup perlu jugak
diteruskan..

apabila matahari mula memunculkan diri, dengan cahaya yang terang menyinar di bumi yang bertuah ini, setelah selesai melakukan solat subuh dan mengemaskan barang-barang sendiri,
agar tiada yang tercicir ketika mahu dipunggah keluar dari dorm nanti, kami semua yang masih stay kat sini membuat rancangan ingin memanjat tangki, yang merupakan puncak tertinggi di sekolah ini..kami semua pun mengatur langkah..derapan tapak selipar kami dapat didengari.. kerana apa??kami semua
berlari..dengan gembira menuju ke tangki...yang terletak di belakang aspuri..hahahaa..


dengan berhati-hati kami memanjat..tangga tangki yang tersangatlah banyak..meskipun ada dalam kalangan kami yang berasa gayat..namun digagahkan jugak..demi mencapai hajat..yang telah lama terpendam..kerana apa??bagi kami, setiap pelajar di sekolah ini yang tak pernah panjat tangki air neyh memang tak sah..paling tak pun tyme ari last exam spm..memang sesuai sangatlah tuh..setelah beberapa ketika, sampailah kami di puncak tertinggi smapl..

perasaanku begitu sayu bercampur gembira sekali ketika menjejakkan kaki di atas lantai tangki air ini dengan pemandangan waktu pagi yang indah di bumi bertuah ini..wah..serius cantik pemandangan tyme tuh..kitorang yang dah panjat ni apa lagi..peluang yang ada kami manfaatkan untuk mengambil gambar sepuas-puasnya ketika berada di atas tangki..

ketika itu, aku bersama rakan-rakanku [adib,haziq,aliff,fathullah,fitri,hazim]...saat yang indah dan hanya dapat sekali je ni membuatkan aku menikmatinya sepenuh hati..berlatar belakangkan pemandangan smapl dari atas,kami bergambar bersama sebagai tanda kenang-kenangan..setelah hampir 15 minit berada di atas, kami pun mengatur langkah menuruni anak tangga tangki dengan berhati-hati..

setelah bersarapan, aku dan beberapa orang rakanku yang masih ada ketika itu di smapl mengambil peluang terakhir ini untuk pusing satu smapl sambil mengambil beberapa keping gambar sebagai tanda ingatan terakhir kami pada sekolah ini..

setelah hampir satu jam setengah kami pusing sekolah ni, kami pun pulang ke asrama bagi membersihkan diri sebelum berangkat pergi dari bumi smapl ini..lebih kurang pukul 9.00 pagi, ayahku telah datang menjemputku di kawasan asrama..setelah memunggah semua baranganku ke dalam kereta, aku pun berjumpa dengan semua rakan-rakanku yang masih ada di asrama dan bersalaman dengan mereka semua sambil mengucapkan selamat kepada masing2..setelah itu, barulah aku berangkat pergi dari asrama bersama rakanku,aliff yang menumpang kereta ayahku sampai ke kuala lumpur untuk pergi ke satu tempat [tak perlu nak gtau kot..]..dengan perasaan sedih aku melihat pergi kawasan sekolahku yang semakin sayup2 dari kejauhan..


Istihdhar 0711...
SMAPL dalam kenangan...
Kehidupan sebagai pelajar sekolah menengah is the best experiences ever!!!



[ Sepi Malamku ]


Suasana malam di bilik ini
Hanya terlihat kipas ligat menari
Tiada bunyi selain lincah tari
Sang cengkerik turut riuh menyanyi
Asalnya ruang ini sunyi sepi
Tapi kelihatannya seperti gamat seisi...

Tika itu aku duduk sendiri
Berdepan dengan peristiwa sepanjang hari
Kulepaskan rasa saat ini
Membentang lipatan peribadi...

Engkau mungkin berdengkur kini
Berlayar dalam fantasi mimpi
Mengangankan yang indah realiti
Sedang aku melihat impian di hujung kudrat
Untuk esok yang akan kuperah keringat...


[ Hari Ini ]


Hari ini
Aku masih berjalan
Melintas belantara keinginan
Bagi meneroka
Sebuah kemampuan...

Hari ini
Aku masih mendaki
Menuju puncak pengertian
Bagi menggali
Sebuah kepastian...

Hari ini
Aku masih bernyawa
Menghirup nafas keazaman
Mengumpul kekuatan
Mengutip pengalaman
Meniti kedewasaan...

Dan hari ini
Aku masih berdoa
Menitiskan air mata keinsafan
Bagi mensyukuri
Nikmat sebuah kehidupan...

Tuesday, September 7, 2010

Rakan-rakan yang kusayangi yang takkan dapat kulupai...

..KENANGAN TERINDAH DI JEPUN..



Farhan (that's me!!)



Hazman (my geng!!)



Anis Suraya



Arifah Zakiah



Alychia



Edwind



Che Norfatin



Ammar



Amirul



Nur Ainie



Faiz



Hasif



Khabiirah



Khalidah



Marcel



Najibah



Nashreen



Amirul Ridzwan



Sensei Aini



Sensei Nerawi



Syahira



Nor Syuhaidah



Amirul Shafiq(hanco)



Zulhilmi


"Wahai rakan-rakanku, dengarlah suara hatiku ini.. Tatkala kalian membaca apa yang akan saya tulis sebentar lagi, kalian ingatlah bahawa kalian semua tidak pernah akan saya lupai.. Kenangan dan memori indah kita bersama-sama ketika berada di bumi Jepun walaupun dalam tempoh yang cukup singkat tetap akan kuabadikan dan kupahat di sanubariku sampai bila-bila.. ALL MEMBERS OF KYOTO GROUP'S IS THE BEST EVER!!! Wasurenai de kudasai ne...






Love and miss you all big times!!! Wasurenai de kudasai!!

JENESYS K6
Kyoto Group
1-10 Jun 2010